Tuesday, December 22, 2009

EDUCAMP UTP

20 Dis 2009

     Hari ini dalam sejarah, aku bangun jam 5.00 pagi. (lagi lambat daripada kat asrama) Tanpa berlenggah sebarang detik, aku terus menggosok baju2 yang telah dipilih untuk dibawa pada malam sebelumnya itu. Kemudian, baju2 pun aku sumbat ke dalam beg. Dalam keadaan yang tergesa2 sambil bapaku sudah bersiap aku pun mandi. Kemudian kami, bertolak ke UTP. Ayahku sebagai pemandu, abangku sebagai co-pilot dan adikku sebagai pemerhati.





Selepas check in bilik, maka kami dipersilakan ke Chancellor Hall. Sungguh menkjubkan. Kagumku pada tangga2nya yang simple yet creative. haha.




       Alhamdullilah, ketika pendaftaran untuk EDU Camp, bertemu juga aku dengan Nasyihin, Najwa, Azreen dan Syahida. Maka, kami pun duduk bersama. Manakala, yang memamaki baju kuning itu ialah Zulfaqqar.
Dihadapan ini, sedang berucap Rektor Universiti Teknologi Petronas, YBhg Datuk Dr Zainal Abidin Hj Kasim. Beliau menerangkan sedikit sebanyak berkenaan UTP dan Program yang bakal kami jalani. Dan, jika kami terpilih, kami berpeluang untuk menjalani Foundation, 1st Year, 2nd Year, Internship 8 bulan,  dan Project Work. Sedang aku di dalam Chancellor Hall mendengar taklimat, bapaku pergi pulang dahulu dan meninggalkan SMS yang berbunyi " Good Luck for your future" maka bermulalah kehidupanku di tempat itu...






       Selepas UTP & ESU Briefing, maka, kami diberi 1 jam untuk makan tengahhari dan menunaikan solat Zuhur. Masa berlalu sungguh pantas. Mana tidakknya, kami berjalan dari Chancellor Hall hingga ke Villange walaupun perkhidmatan bas disediakan. Disebabkan terlalu ramai yang menunggu giliran mengambil makanan, maka kami kesuntukan masa untuk mengurus diri. Kesannya, kami bercadang untuk menunaikan Solat Jama' Takhir.

    Tepat jam 2.30 petang, semua peserta EDU Camp berkumpul sama ada di Multi Purpose Hall atau di Main Hall untuk English Placement Test (EPT) dan Math & Science Test. Soalannya berkisarkan Pyhsic, Chemistry, Add Math dan MAth Modern. It were only basic questions, tapi, kalau dah lama ditinggalkan, mungkin lah lupa kan??




    Maka, selepas pulang daripada test tersebut, berjalanlah kaki kami semula. Klai ini ke Village untuk bersiap sebelum Malam Motivation Talk. Tapi, pada jam 6.00 petang, kami sudah pun membuat temujanji bersama KAk Atikah di bilik Syida. Yelah, nak dspatkan tips daripada senior katakan. Untuk pengetahuan semua, Kak Atikah ialah kakak Naden. Gaya bercakap, gelak, semuanya macm Naden, sebijik! Dia baik sangat. Semua tips dia beri. Selepas itu, kami ada menjemputnya makan bersama, tapi katanya, tiada selera. Selepas makan, saya, Syida dan Syihin bertemu seorang lagio kakak senior. Tapi dia nih dah 2nd year. Senior KUSIS Syihin la. Bertambah la lagi informasi tentang interview besok hari.

    Pada malam itu,Encik Muh Khairulzairil B Muhd Luqman datang memberi pengalamannya di UTP. Dia dah graduate pada 2007. Kemudiannya berkerja bersama SHelldan Menjaga Kapal2 di planta minyak. Pengalaman hidupnya pernah diberi surat kerana kurang cemerlang.Oleh sebab itulah dia menjalani course ICT dan bekerja bersama Microsft sebentar. Sebelum acara berakhir, kami diminta menyemak giliran untuk interview keesokan harinya.

    Kesemua peserta akan dibahagi kepada 5 kumpulan sama ada A, B, C, D atau D. pada mulanya, perasaan gemnetar timbul kerana kami semua, berlima akan diinterview pada waktu pagi. Nmaun, jika difikirkan semula, banyak kelebihannya. Mungkin para interviewer masih fresh untuk mendengar idea kami yang mungkin sedikit kelalutan. Maka pada malam itu, sibuk kami menelaah surat-surat khabar. Akhirnya, akibat keletihan, kami mengambil keputusan untuk tidur awal.

    Pada malam itu, aku sempat berbual bersama roomateku, Atikah dari SMASHUR. Kemudian aku solat hajat dan tidur. Pada jam 4.30 pagi, aku kegelisahan tidak dapat tidur. Beberapa minit kemudian semua lampu terpadam. Terputus bekalan elektrik mungkin!  Namun aku gagahkan diri melawan ketakutan apabila lampu sudah hidup pada jam 5.30 pagi untuk mandi.

   Sempat juga aku menunaikan Solat Tahajud sebelum azan Subuh berkumandang. Janji, jam 6.30 pagi sudah berada di bilik Azreen. Maka, tepat 6.30 pagi aku tiba di biliknya. Azreen dan Najwa sedang bersiap pada ketika itu. Maka sempatlah aku membaca sedikit berita tentang Persidangan Pemanasan Global di Copenhegen bertarikh 20 Dis 2009.


    Setibanya di Curicullum Unit aku dibawa untuk duduk di meja Panel 22. Kami pun berkenalan antara satu sama lain. Ada yang dari Bukit Rakit, Kemaman, Ipoh dan Gopeng. Seterusnya, kami diberi case study bertajuk "ADVERTISEMENT". Alhamdullilah kumpulan kami berjaya menjalani satu persatu interview iatu solo mahupun berkumpulan. 2 orang panel dari UTP menilai kami sepanjang interview dijalankan. Semaasa interview berkumpulan pula, semua di antara kami berjaya menjalankan perbincangan dengan sangat baik.
Mereka ialah....



                                                                                                                                                                                                                                          
 
      Selepas iu, kami berempat bersiar-siar masuk ke Bilik Pameran Islam dan pulang ke hostel. Namun, pengembaraanku masih belum berakhir lalu, aku bersama-geng2ku yang lain mengelilingi UTP. Rupa-rupanya, UTP yang kelihatan besar seperti yang kami lihat dii Galeri UTP itu tidaklah sebesar mana. Kemudian kami singgah di kedai Mesra. Aku beli chocolate dan prepaid, Najwa beli jagung rebus, Azreen beli magazine, Syihin beli snacks dan Syida beli jeruk.





               Kemudian dalam perjalanan pulang untuk makan tengah hari kami betremu warga Republic of Chad dan Timor Leste. Sempat jugalah kami berborak. hehehe. Mereka sangat mesra. Yang dari Chad itu memeluk Islam dan mengambil jurusan Chemical Engineering. Manakala dari Timor Leste itu sudah berada di Malaysia selama 4 tahun dan bisa bercakap Bahasa Melayu.








        Sempatlah juga aku bergambar bersama tiang di hadapan asrama senior UTP ini. Selesai pengembaraan, maka kami pun singgah di cafe untuk membeli lauk untuk Najwa. Sebelum itu, Aufa sudah inform pada Syida bahawa hidangan hari itu ialah ayam, daging dan sayur. Bermakna, tiada sumber protein untuk Najwa. Maka, kami pun makan sehingga kenyang...



      Kemudian, saya pulang ke bilik untuk kemas barang2, da pulang... Maka berakhirlah pengalaman pertamaku di UTP itu.

0 comments:

 
template by suckmylolly.com