Tuesday, December 22, 2009

HARI GRADUASI SEPINTAR 2009

17 Disember 2009

Tarikh penting bagiku. Kenapa?

1. Hari Graduasi pertama dalam hidupku




2. Adikku ( Najib) dapat RM 3000 sebab menang  Pertandingan Fotografi PNB



3. Duduk kat hotel di tengah2 bandar KL


        Sementelahan itulah jua aku bangun dari lelapku, walaupun belum lagi terlangsai kepenatanku yg baru habis menjalani SPM. Namun, kudratku aku kuatkan. Kemudian, aku ke bilik berhampiran dapur atau nama lainnya, bilik baju. Menggeledah segala tudung. Sebab, tema tudung pada hari itu ialah kuning cair. Selepas beberapa puluh minit berlalu, hatiku terpaut pada sehelai tudung lama, sangat sesuai aku kira. Namun, ianya terlalu tradisional dan agak sukar untuk digayakan. Lalu, fikiranku berubah kepada sehelai tudung coklat yang  hampir kekuningan. Ah, biarlah, coklat pun, coklat lah. Asalkan aku selesa.

     Selesai segala urusan, maka, perjalanan pun diteruskan. Bapaku tidak lupa mencari lokasi Hotel De Palma In Ampang pada malam itu. Menggunakan Google Map. 10 helai peta dicetaknya. Nmaun, kerunsingan masih lagi berlaku. Maka terpaksalah kami singgah sebentar di Pondok Keselamatan di Pejabat Felda di situ. Selepas beberapa ketika, aku tiba di lokasi sebenar. Selepas mendaftar, aku labuhkan beg berisi 'compact powder' dan kamera di meja berangka 12. Sekelip mata sahaja, rakan-rakanku yang menaiki bas SEPINTAR pun tiba. Tanpa melengahkan masa, aku mengajak Hanim ke tandas untuk sesi touch up. haha.


     

Selepas, ambil ijazah kebasisan sekolah, maka acara makan2 pun bermula...  Tidak semena-mena, ramailah di antara kami yang ambil gambar2 kenangan bersama.













Tidak dilupa guru-guru Add Math dan Physics.










   Sebelum pulangkan jubah graduasi, sempat lagi bergambar. Kali ini berlatar belakangkan Van SEPINTAR.


Maka berakhirlah kehidupanku bersama SEPINTAR...

0 comments:

 
template by suckmylolly.com